top
logo

produk-lelaki.gif
produk-wanita.gif

WANGIAN PEMIKAT LELAKI

jaminan.gif

 

Buatlah pembelian walau jam 3 pagi @ Hari Minggu @ Public Holiday

banner

  Tambah Saiz Zakar| Nafsu & Stamina |Tahan Lama| Penjagaan Zakar    | Tambah Air Mani|Wangian Pemikat Wanita| Payudara/Pinggul |

Dalaman Wanita | Set Bersalin

- CARA PEMBELIAN -

- Pilih produk yang anda ingin beli.Campurkan harga produk-produk tersebut.
- Anda boleh lakukan pembayaran melalui mesin deposit tunai (CDM).
- Pemindahan wang melalui mesin ATM,
- Depost tunai di kaunter bank atau melalui pembayaran Online Banking, 

- Pembelian PAYPAL,KAD DEBIT, KAD KREDIT Dan KAD VISA - Klik Disini -
CIMB BANK ISLAM MAYBANK PUBLIK BANK
8601 8928 73 1227 0010 001 167 5628 5210 5928 3188 7274 15
S.S.A GLOBAL ENTERPRISE

- SETELAH BAYARAN DIBUAT - - SMS Maklumat Pesanan -
'SMS / WhatsApp' kan maklumat anda seperti
Nama Produk | Nama Anda | Alamat | NO Phone | Nama Bank | Jumlah | Waktu | Tarikh Bayaran ke 019-272 2219

Untuk WhatsApp Kami < Klik  Disini WhatsApp SSA GLOBAL >

Sertakan Email untuk Ebook Percuma - Klik Disini -            Contoh Pembelian - Klik Disini -

 

yesLeesa Formula (Set ConfineMum Premium)

Leesa1

Leesa Formula (Set ConfineMum Premium)

RM 350.00 Sahaja (pos percuma)
(Semenanjung/Sabah,Sarawak,Labuan)


Set Bersalin Leesa Formula ConfineMum Premium boleh digunakan oleh ibu bersalin normal dan pembedahan. Bagi ibu yang bersalin normal dan pembedahan boleh menggunakan kesemua produk set ConfineMum Leesa Formula bermula hari keempat selepas melahirkan.

Peraturan untuk ibu bersalin secara pembedahan

-Body Contour Gel - Sapu di perut, pinggul dan peha kecuali tempat jahitan.
- Pek Tungku Herba - Jangan letakkan tungku di atas luka jahitan.
- Bengkung Correctuer - Boleh dipakai selepas 2 minggu
melahirkan dan ikatan mengikut keselesaan individu.

Set bersalin Leesa Formula menggubah kembali resepi lama mengikut gaya hidup dan
keperluan generasi baru masa kini dengan cara yang lebih mudah tanpa mengurangkan
keberkesanannya Dari sumber semulajadi tempatan, yang menjadi amalan pelbagai kaum.

Semua produk di dalam Set ConfineMum Premium dibuat dari sumber yang telah
digunakan sekian lama oleh pelbagai bangsa di Malaysia seperti ikan haruan, herba
`ubat periuk`, halia dan penggunaan bengkung atau barut. Set yang lengkap,
eksklusif serta istimewa dan menyeluruh.

Dengan 8 produk, ia memberikan penjagaan menyeluruh untuk kesihatan dalaman dan
kecantikan luaran ibu selepas melahirkan. Fungsi 2-in-1 (dalaman & luaran).

Disamping menyihatkan peranakan dan badan, Set Bersalin Leesa Formula
(Set ConfineMum Premium) juga membantu memberikan kembali bentuk badan yang langsing
menawan. sangat Ringkas dan mudah di gunakan.

Ia tidak remeh, tiada bau, tak perlu dibancuh, tak berbau jamu yang tengit, tak
berdebu, tidak dipek mengikut minggu hingga berbotol-botol dan menyukarkan kerana
perlu diteliti terlebih dahulu setiap kali sebelum digunakan.Sangat Praktikal dan
tidak membazir.

Setiap produk yang ada dalam Set Bersalin Leesa Formula (Set ConfineMum Premium)
semuanya praktikal & penting untuk digunakan dan selalunya set pasti habis digunakan
sebaik selesai pantang, Ia berbeza dengan jenama lain yang kadangkala memberi
pelbagai produk di dalam setnya, namun sukar diamal sehingga akhirnya ia tertinggal
begitu saja tanpa digunakan walaupun telah habis berpantang.

Leesa4

Senarai barangan Set Bersalin Leesa Formula(ConfineMum Premium)

Produk  
  Bengkung Correctuer
 Body Contour Gel     
  Cotet Emas Uncang
Ginger Cream
 Minyak Telon
 Pek Tungku Herba
 Tablet Haruan Complex         
 Tablet Prawan

Maklumat lanjut & cara penggunaan Set Bersalin Leesa Formula

Bengkung Correctuer

LeesaBengkung

 

Bengkung adalah amalan tradisi, di mana sekeping kain (bengkung) diikat di bahagian perut sebaik selepas bersalin (ketika dalam pantang), bertujuan mengempiskan perut setelah ia semakin mengembang akibat proses kehamilan. Bengkung CORRECTEUR dari Leesa Formula adalah singkatan 'Correct & Contour', khusus untuk membentuk kembali dan merampingkan pinggang.


Fungsi
- Membentuk kembali badan terutama kawasan perut yang
telah berkembang akibat hamil.
- Merampingkan kembali pinggang.
- Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh.
- Menaik dan membentuk kembali punggung.
- Mempercepatkan perut terasa `penuh` bagi mengelak terlebih
makan.
- Baik jika digunakan oleh semua wanita, walaupun bukan
ketika berpantang.


Cara Penggunaan
- Setelah menyapu Body Contour Gel Set Bersalin Leesa Formula
di perut, pinggul dan peha, berdiri tegak dan letakkan bengkung dari bahagian belakang abdomen menghala kedepan dengan punca tali berada di bawah.
- Jika bengkung terlalu lebar, sila klim atau jahit di bahagian tengah bengkung.
- Lipat bahagian kanan kain ke dalam, manakala sebelah kiri kain di bahagian luar dengan punca tali yang kelihatan dibahagian bawahnya.
- Mula mengikat dengan memasukkan semua tali ke dalam lubang
pertama yang berhadapan dengan punca tali, kemudian tarik
sehingga ketat. Lakukan cara yang sama hingga dilubang kedua
atas yang bertentangan (menjadikan ikatan bersilang), sehingga habis semua lubang diikat kejap.
- Setelah rasa cukup ketat dan selesa, simpulkan lebihan tali
tadi di bawah ikatan bengkung. Pakai pada waktu pagi dan malam berterusan selama 40 hari. Jika bersalin secara pembedahan, gunakan selepas 2 minggu dan ikat mengikut keselesaan tanpa menyakitkan tempat jahitan.

Body Contour Gel

LeesaBodyGel

 

Ia adalah gel pelangsing panas terbaik dipasaran, dirumus dari 7 jenis tumbuhan yang sangat berkesan untuk memecah lemak, selulit dan lendir. Ia disapu sebelum berbengkung di kawasan perut & pinggul bagi merampingkan kembali badan. Tanpa bau, tiada & mudah menyerap.

Fungsi

Disapu di perut, pinggang, punggung dan peha sebelum memakai bengkung untuk memecah dan membakar lemak, selulit dan lendir yang bertakung di bawah lapisan kulit. Bertindak menegangkan dan melembutkan kulit. Mengurangi stretch mark.

Cara Penggunaan

- Hanya picit sebesar duit 20 sen, jumlah yang cukup untuk sapuan di seluruh kawasan perut, pinggul dan paha. (Cuci tangan anda dengan sabun sebaik selepas menyapu gel ini untuk mengelakkan kepanasan yang melekat kepada bahagian lain badan).

- Sapu selepas mandi, pagi dan petang atau sebelum berbengkung.

- Tidak perlu menggosok lama atau mengurut pusingan jam kerana ia cepat dan mudah meresap.

- Sesuai juga untuk semua lelaki dan wanita yang tidak

berpantang yang ingin mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.

Cotet Emas Uncang
LeesaCotetEmas

Uncang herba, khusus untuk minuman harian wanita, terutama ibu dalam pantang. Rasa yang enak dengan bau limau purut yang harum. Cotet Emas Uncang adalah herba yang popular  dikalangan penduduk utara Malaysia sebagai tonik wanita
dan sering digunakan terutama selepas bersalin.
Cotet Emas Uncang amat baik dijadikan minuman kerana
khasiat kandungan bahan flavanoid dan triterpenoid di
dalamnya bertindak sebagai anti-oksidan dan anti-inflamatori,
manakala perisa semulajadinya yang menyerupai rasa
kayu manis amat digemari ramai dan produk herba ini
terdapat di set bersalin Leesa Formula.

Fungsi

Mengecutkan peranakan, memberi tenaga, menyihatkan tubuh, merapatkan kembali vagina, bersifat antiseptik dan mengurangi bau badan.

Cara Penggunaan
- Masukkan satu uncang ke dalam bekas dan tuangkan air panas.
- Biarkan seketika antara 3 hingga 5 minit.
- Boleh diminum panas atau sejuk.

Ginger Cream
LeesaGinger

 

Krim sapuan dari ekstrak semulajadi halia ini adalah formula eksklusif Set ConfineMum Premium Set Bersalin Leesa Formula yang tidak terdapat pada mana-mana set bersalin lain. Ia dirumus untuk memberi kebaikan terutama wanita dalam pantang berdasarkanamalan penggunaan halia dalam budaya masyarakat Malaysia. Ia berbau harum, mudah meresap dan tidak melekit.


Fungsi
- Membuang angin dan mencegah angin dari memasuki badan.
- Menjana haba dan memberi kehangatan pada badan.
- Mencair dan melancarkan perjalanan darah.
- Memudahkan pencernaan kerana halia yang bersifat karminatif dapat melawan gejala angin dan membantu pencernaan.
- Digunakan oleh ahli perubatan Greek purba untuk mengubati
lumpuh yang berpunca dari ketidak seimbangan lendir dalam badan.
- Perubatan Arab dahulu kala menggunakan halia sebagai ubat perangsang nafsu dan mengubati penyakit ghout.
- Mencegah daripada pening ketika dan selepas mengandung
serta mabuk ketika dalam perjalanan darat atau laut.
- Boleh digunakan oleh semua kanak-kanak, lelaki dan wanita
biasa yang tidak berpantang untuk mendapat semua kebaikan 
di atas.

- Baik untuk orang-orang tua yang mengalami lenguh dan sengal badan.


Cara Penggunaan
Boleh disapu sekerap yang diingini di mana-mana bahagian badan:
- Di dahi bagi mengganti pilis serta mengurangi pening kepala.
- Di hidung bagi memberi bau untuk mencegah rasa loya.
- Di kaki (sebelum berstokin.
- Di bahagian belakang bahu bagi membantu mencegah masuk angin, membuang angin serta menghangatkan badan.
- Dicampur dengan minyak urut untuk urut bersalin.

Minyak Telon
 Leesa Minyak Telon
 

Digunakan secara tradisional untuk mencegah kemasukan angin,
melegakan kembung perut serta memberi rasa hangat
pada perut bayi.


Cara penggunaan
- Sapukan 5-10 titik pada dada, perut, pinggang dan telapak kaki.
- Boleh dipakai bila-bila masa terutama selepas mandi dan
bila udara sejuk/dingin.
- Sapu diwaktu malam sebelum tidur untuk mengurangkan gejala
bayi kencing malam.
- Jika bayi kembung atau senak, sapu di bawah lutut hingga kaki.
Jauhkan dari kanak-kanak dan untuk kegunaan luar sahaja.

Pek Tungku Herba
 
LeesaTungku

Pek Tungku Herba adalah formula eksklusif
Set Bersalin Leesa Formula yang diilhamkan dari amalan tradisi
masyarakat Thai, mengandungi 5 jenis herba iaitu halia bara,
limau purut, serai wangi dan camphor dalam bungkusan kain cotton, berfungsi sebagai 'batu tungku', dipanaskan melalui
kaedah mengewap (steam) lalu tuam ke badan terutama perut.


Fungsi
Pek Tungku Herba mudah, ringkas dan sangat berkesan bagi:
- Memanaskan perut untuk mempercepatkan pengecutan rahim & melancarkan pengeluaran darah kotor.
- Memanaskan badan untuk melonggarkan otot tegang, melancar perjalanan darah dan menyihatkan badan.


Cara Penggunaan
- Ambil periuk kukus atau periuk nasi elektrik yang berkukus
dan masukkan air setengah periuk.
- Letakkan 1 bungkus Pek Tungku Herba di atas pengukus tersebut. Biarkan antara 5 - 15 minit
- Selepas mengeluarkan Pek Tungku Herba yang telah panas,
sila masukkan Pek Tungku Herba ke 2 untuk dipanaskan.
- Pek Tungku Herba pertama yang sedang panas tadi dilap
dengan tuala bagi mengurangkan basah wap, kemudian
dituam secara cepat di perut.
- Setelah kadar panas agak selesa barulah ditungku dengan
tempoh masa yang lebih lama disesuatu bahagian badan
bagi memastikan khasiat herba terserap ke dalam badan.
- Apabila telah sejuk, masukkan semula ke dalam periuk kukus
dan ambil Pek Tungku Herba ke 2 yang telah panas utk digunakan.
- Ulang cara bertungku yang sama. 

Tablet Haruan Complex
 LeesaTabletHaruan

Ikan haruan mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak
yang penting dalam kolagen kulit manusia untuk proses menyembuhkan luka luar dan dalam, terutama luka selepas bersalin. Dari segi terma perubatan, ikan haruan mempunyai asid arachidonik. Ia akan bergabung dengan asid amino, alanine, proline, argine, serine, leucine dan phenylalanine untuk membantu polypeptide yang bertanggungjawab menyembuh penyakit-penyakit dan luka. Tablet Haruan Complex adalah dari ekstrak asli ikan haruan terpilih yang dihasilkan melalui penyelidikan pakar dari Universiti Sains Malaysia . Pengambilannya amat mudah, kerana Haruan dalam bentuk tablet, jadi ia tiada bau hanyir yang meloyakan.


Fungsi
- Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam
(terutamanya wanita yang brsalin secara caesarian atau pembedahan).
- Melegakan luka-luka kecil atau luka jahitan faraj akibat melahirkan.
- Baik untuk wanita lepas bersalin, kanak-kanak, wanita dan lelaki
untuk kesihatan badan terutama untuk luka-luka dan selepas pembedahan.


Cara Penggunaan
Digunakan secara tradisional untuk melegakan luka-luka kecil
dan untuk melancarkan penghadaman.


Aturan Pengambilan
Untuk ibu berpantang : Sehari sekali 2 biji selepas sarapan pagi,
bermula hari ke 4 sehingga sebulan
(tempoh yang cukup untuk memulihkan luka).
Untuk kegunaan lain : 2 biji sehari, bila-bila masa.

Tablet Prawan
 LeesaTabletPerawan

Tablet Prawan dengan formulasi ubat periuk dari herba-herba
terpilih Malaysia bagi merawat, memelihara dan
memberi ketahanan tubuh badan wanita, terutama selepas melahirkan. Ia berupaya membantu menyihatkan rahim dan sistem dalaman wanita, seterusnya mengembalikan rahsia kewanitaan seperti seorang perawandan tablet ini terdapat di set bersalin Leesa Formula. Ia mudah diambil kerana tidak pahit dan tiada bau herba yang memeningkan juga tidak menyebabkan panas badan kepada ibu dan bayi. Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan harian semua wanita walaupun bukan dalam pantang.


Fungsi
- Menguatkan rahim dan mengecutkan kembali saluran peranakan.
- Mencuci darah dan melancarkan perjalanan darah nifas.
- Melegakan masalah senggugut, melawas pembuangan air.
- Mencegah masalah meroyan.
- Menambah tenaga dan menghilangkan muka pucat selepas bersalin.
- Menghilangkan sengal-sengal sendi dan bias-bisa tulang.


Cara Penggunaan
Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan.


Aturan Pengambilan
Ambil sehari sekali 2 tablet petang selepas makan dari
hari ke 4 hingga selesai pantang 44 hari.

** Set Bersalin juga disertakan dengan panduan penggunaan & petua di dalam pantang**

 

 

Leesa1

Leesa Formula (Set ConfineMum Premium)

RM 350.00 Sahaja (pos percuma)
(Semenanjung/Sabah,Sarawak,Labuan)

 


bottom
top

014-655 XXXX Terima Kasih Saya Sudah Terima tempahan. Sangat Cepat dan berbaloi.Terima Kasih


017-224 XXXX Salam, barang dah sampai cepat dan selamat Terima Kasih. Lain Kali boleh order lain pula...


017-966 XXXX ok. da smpai.tq.


014-619 XXXX Salam, brg dh smpai. tq.


019-415 XXXX Slm, brg dh smpai. tq.


013-903 XXXX Salam Bro, brg dh dpt Trima Kasih


011-129 XXXXX telah sampai. tk


012-631 XXXX Barang dah dpt terima kasih banyak


016-687 XXXX Thank You Sir. I proud for the service


017-878 XXXX Brg dh spai bos..


017-412 XXXX Bro brg da smpai tq.


019-334 XXXX Item received.tq.


013-509 XXXX Brang dh smpai bro,tq


017-392 XXXX Perniagaan u all dah boleh dipercayai. X mcm stengah org, order tapi brg x sampai2. aku rekemen kt member lain. Tq again


017-672 XXXX Da dpt bro. tqvm!


012-229 XXXX Got The Prosolution ! Thks/joe, terima kasih


019-300 XXXX Kiriman pos laju telah sampai, terima kasih


012-674 XXXX Dah sampai barang tu, TQ


012-217 XXXX Saya dh terima tq,


017-437 XXXX brg dah terima tuan, terima kasih


013-363 XXXX mmg mudah dn pantas


012-916 XXXX cepat betul, lepas ni bole order lagi hehe


019-367 XXXX bagus servis cepat mudah dan murah terima kasih


012-635 XXXX barang dah sampai terima kasih, bagus servis


013-682 XXXX brg mmg power, puas hati order thx


017-366 XXXX tq bro cayok hehehe

 

bottom

Powered by KedaiKeluarga.com 2009-2016.

Mana-mana bahagian laman web ini tidak boleh diubah, disalin secara digital ataupun cetakan tanpa kebenaran daripada Admin KedaiKeluarga.com